suria

Tanah Runtuh Di KM24 Jalan Gombak-Bentong

KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang berterusan sejak Selasa dipercayai punca kejadian tanah runtuh di Km 24 Jalan Gombak-Bentong dekat sini, pada Rabu.

Kejadian berhampiran Hospital Orang Asli pada 7.30 pagi tadi itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk kerana berlaku waktu orang ramai keluar bekerja.

Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Gombak yang dihubungi berkata kerja-kerja pembersihan disiapkan pada 11.30 pagi dan laluan sehala telah dibuka sementara kerja-kerja pembersihan dilakukan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. -BERNAMA

Artikel Lain