suria

Polis Sahkan Kebakaran Pejabat DUN PAS Akibat Khianat

PASIR PUTEH: Polis pada Rabu mengesahkan bahawa kejadian kebakaran di pejabat anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal di Pasir Puteh pada Sabtu lepas adalah akibat perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan akibat khianat ke atas bangunan.

"Kami tidak boleh bagi komen lanjut mengenainya sehingga siasatan selesai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan Anggota Dewan Undangan Negeri Gaal Dr Nik Mazian Nik Mohamad mendakwa beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah sabotaj di atas kejayaannya mempertahankan jawatan Yang Dipertua PAS Pasir Puteh.

Kebakaran pukul 3.40 pagi itu berlaku selepas Nik Mazian memenangi pertandingan sengit merebut jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Puteh yang diadakan sebelum itu.

Dalam pertandingan itu Nik Mazian mengalahkan pencabarnya yang juga anggota Parlimen Pasir Puteh, Mohamad Hussin. -BERNAMA

Artikel Lain