Jawatan Kabinet: MCA Buat Keputusan Kolektif - Semasa | mStar

Jawatan Kabinet: MCA Buat Keputusan Kolektif

KUALA LUMPUR: Keputusan MCA untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kabinet sekiranya keputusan yang diperoleh parti itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang lebih rendah berbanding PRU 2008, dibuat selepas ditimbangkan secara mendalam oleh Mesyurat Majlis Presiden MCA.

Timbalan Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ia adalah keputusan secara kolektif yang mendapat sokongan anggota parti di seluruh negara dan menambah penggalakan diri dan kemajuan diri adalah sifat utama dasar ini.

"Mesyuarat Majlis Presiden telah memutuskan MCA akan menarik diri daripada memegang sebarang jawatan di semua peringkat dalam kerajaan sekiranya parti kami gagal mendapat mandat daripada komuniti Cina pada PRU akan datang.

"Tindakan ini mencerminkan semangat demokrasi dan menghormati pilihan yang dibuat oleh masyarakat Cina. Ini merupakan keputusan bersejarah. Ia tidak kena-mengena dengan apa yang disebut hubungan politik perkauman, katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Pada 29 April lepas Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengumumkan pendirian, parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan peringkat pusat dan negeri jika calonnya gagal mencapai keputusan terbaik pada PRU ke-13.

Liow yang juga Menteri Kesihatan berkata beliau turut mempersoalkan kempen DAP yang memburuk-burukkan lawannya, yang sebelum ini mendesak MCA untuk menarik diri daripada kerajaan.

"(Tetapi) sekarang apabila MCA telah membuat keputusan ini, DAP sebaliknya menuduh MCA mengugut komuniti Cina. Dengan hujah DAP sendiri, mereka telah mendedahkan sifat oportunis DAP.

"Amalan rasisme diperlihatkan oleh DAP sendiri. Mereka menggelar diri mereka berbilang kaum tetapi mengamalkan dasar perkauman apabila mentafsirkan pendirian MCA, kata Liow.

Pada PRU ke-12, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti tersebut. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain