suria

Umno Kedah Beri Anugerah Kepada Pelajar Cemerlang Dalam SPM

ALOR SETAR: Umno Kedah akan menyampaikan hadiah penghargaan dan meraikan kejayaan 600 pelajar dari negeri itu yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, Sabtu ini.

Pengerusi Biro Pendidikan Umno negeri Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dalam satu kenyataan berkata pelajar yang mencatatkan semua A dalam mata pelajaran yang diambil akan menerima wang tunai RM200 serta sijil.

Anugerah berkenaan adalah sebagai tanda penghargaan Umno Kedah kepada anak-anak negeri itu yang cemerlang dalam peperiksaan dan ia juga pencetus semangat kepada mereka untuk terus mengekalkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

Majlis berkenaan akan disempurnakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah di Dewan Seri Zaleha, Naza Gurun.

Selain itu, Abdul Aziz berkata Umno Kedah menerusi Persatuan Kecemerlangan Pendidikan Negeri Kedah juga merancang untuk melaksanakan kelas tuisyen secara percuma kepada pelajar di beberapa kawasan Parlimen. -BERNAMA

Artikel Lain