PM: Kerjasama PAS-DAP Hanya Untungkan DAP - Semasa | mStar

PM: Kerjasama PAS-DAP Hanya Untungkan DAP

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

Perdana Menteri berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

"Kita lihat poster di sini (Terengganu) "PAS ganti UMNO", realitinya "DAP ganti PAS", di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP.

"PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN (Barisan Nasional) pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong, di sini, pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Perdana Menteri berkata pakatan pembangkang yang disertai PAS selama ini dilihat tidak pernah menguntungkan mereka dalam politik.

"PAS tak dapat apa-apa keuntungan, sebab itu tak ada makna (mereka) kekal dalam pakatan pembangkang, sama ada dia nak bergabung dengan kita (Barisan Nasional), itu soal lain.

"Tapi yang saya nak tekankan, dia (PAS) tidak ada mendapat apa-apa manfaat malah secara tidak langsung menguntungkan parti DAP," katanya.

Najib berkata DAP selama ini dilihat mendominasi pakatan pembangkang.

"Kita tengok dalam banyak isu DAP akan tentang kalau itu (sesuatu perkara atau isu) dianggap sebagai yang tidak boleh diterima berdasarkan ideologi DAP... mereka (PAS dan DAP) mungkin tidak dapat kata sepakat dalam isu-isu utama."

Perdana Menteri berkata sekiranya PAS mahu memperjuangkan Islam, DAP bukanlah rakan sebenar dalam perjuangan berkenaan.

Ditanya usaha perpaduan yang pernah dibincangkan sebelum ini antara Umno dan PAS, Perdana Menteri berkata: "Perkara itu boleh, (tapi) kita tak boleh nak menjangkakan sesuatu, tapi saya nak sebutkan (dalam) pakatan rakyat sekarang ni cuma menguntungkan DAP sahaja." - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain

BWF lulus penggunaan bulu tangkis sintetik