suria

Polis Musnahkan Bom Berdekatan Pusat Beli Belah Miri

MIRI: Sebutir bom mortar dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui berdekatan sebuah kompleks membeli-belah di sini berjaya diletupkan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) hari ini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Jamaludin Ibrahim berkata polis telah dimaklumkan mengenai penemuan bom sepanjang 31 sentimeter dan diameter 60 milimeter itu pada pukul 1 petang tadi sebelum dimusnahkan kira-kira dua jam kemudian.

Katanya seramai 50 orang anggota polis dikerahkan ke lokasi penemuan bom itu bagi mengawal keadaan memandangkan kawasan kompleks membeli-belah itu menjadi tumpuan umum dan sedang mengadakan promosi sempena sambutan Bulan Bandaraya Miri.

"Operasi memusnahkan bom itu berjaya dilakukan tanpa melibatkan sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya. BERNAMA

Artikel Lain