suria

SPRM Cari Saksi Lelaki Bantu Satu Kes Siasatan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga saksi lelaki bagi membantu satu kes siasatannya.

SPRM dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata saksi yang dikehendaki ialah Abd Rashid Jaafar, 46, dengan nombor kad pengenalan 650316-01-5677 yang beralamat di No 39, Jalan KP 1/2, Taman Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Serdang Selangor dan No. 56 Parit Haji Abd Salam, Batu Pahat Johor.

Sesiapa yang terlihat atau mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat Penolong Kanan Penguasa Roslan Deroh di talian 03-88800632 atau 012-4275673.

Saksi kedua adalah Ong Chee Boon, 41, nombor kad pengenalan 700323-10-5201 atau A1535265 (lama) yang beralamat di No 43, Persiaran 3, Pinggir Templer, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

Sesiapa yang pernah terjumpa atau mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi diminta menghubungi Penolong Penguasa SPRM Virawan Suthin di talian 019-6996947.

Saksi ketiga ialah Mohamad Nor bin Othman, 44, dengan nombor kad pengenalan 670701-10-6901 atau A0733912 (lama) yang beralamat di No 1277, Kampung Ampang Indah, Lembah Jaya Selatan, 68000 Ampang Selangor.

Sesiapa yang pernah terjumpa atau mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi diminta menghubungi Penolong Penguasa SPRM Fairoazlia Zakaria di talian 019-6000786.- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain