suria

Polis Tahan Tiga Pelacur Termasuk Ibu Ayam Indonesia

GEORGE TOWN: Polis menahan tiga wanita warga Indonesia termasuk seorang "ibu ayam" yang dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di sebuah pengsapuri di Jalan Pattani di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata bertindak atas maklumat dan intipan selama seminggu, polis menyerbu pangsapuri berkenaan pada pukul 4 petang dan menahan ketiga-tiga wanita yang berusia antara 46 dan 55 tahun itu.

"Ketika ditahan, wanita-wanita terbabit sedang menunggu pelanggan dan hasil siasatan polis merampas beberapa keping kondom yang belum dipakai dan minyak pelincir yang didapati digunakan untuk tujuan tidak bermoral," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata wanita-wanita terbabit didapati menyalahguna pas lawatan sosial untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral.

Dua daripada wanita terbabit ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran manakala ibu ayam itu disiasat di bawah Seksyen 372 A Kanun Keseksaan.

Mereka juga turut disiasat di bawah Seksyen 51(5) (b) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan) 1997 selama 14 hari sebelum tindakan mengusir mereka kembali ke negara asal dibuat.- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain