suria

Pembantu Khas Zahid Hamidi Maut Nahas Motosikal Besar

MAUT...Pembantu khas kepada Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Shaari Abd Rani maut dalam kemalangan jalan raya di KM 83.9 Lebuhraya Utara Selatan, Sungai Petani-Gurun pada Khamis.

SUNGAI PETANI: Ahmad Shaari Abdul Rani, pembantu khas Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terbunuh apabila motosikal berkuasa besar yang ditungganginya terbabas di KM 83.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini Jumaat.

Dalam kejadian pada 3.30 petang itu, Ahmad Shaari, 55, yang menunggang motosikal 1100 cc sedang dalam perjalanan ke Langkawi untuk menghadiri kursus di sana mulai Jumaat.

Jurucakap polis berkata kejadian berlaku ketika hujan lebat.

Ahmad Shaari meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini.- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain