suria

Imigresen Pulau Pinang Tahan 11 GRO Warga China

BUTTERWORTH: Jabatan Imigresen Pulau Pinang menyerbu sebuah pusat karaoke di Jalan Siang Teik di sini dan menahan 11 wanita warga negara China dipercayai pelayan pelanggan (GRO) malam tadi.

Timbalan Pengarah Imigresen negeri, Abdul Rahman Hassan berkata dalam serbuan pukul 11.30 malam itu kesemua wanita berusia antara 28 dan 37 tahun itu berpakaian seksi dan sedang melayan pelanggan mereka dalam premis hiburan berkenaan.

Katanya bertindak hasil maklumat dan intipan selama seminggu, sepasukan 20 pegawai imigresen menyerbu pusat hiburan itu.

Beliau memberitahu pemberita di sini, semasa serbuan terdapat beberapa pelanggan dan ada yang cuba melarikan diri tetapi gagal kerana pihaknya telah mengepung premis empat tingkat itu.

"Siasatan mendapati dua daripada wanita itu tidak mempunyai dokumen perjalanan manakala sembilan lagi mempunyai pas lawatan sosial yang telah tamat tempoh," katanya.

Abdul Rahman berkata kesemua mereka dihantar ke Depot Tahanan Imigresen di Juru.- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain