suria

Isu Video Seks: Anwar Beri Keterangan Polis

KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Khamis untuk memberi keterangan berkaitan satu video seks yang memaparkan pelaku dikatakan mirip beliau.

Anwar tiba pada 2.50 petang menaiki kereta bersama-sama isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan adik iparnya Wan Mokhtar Wan Ismail.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan oleh satu kumpulan dikenali "Datuk T" di Carcosa Seri Negara di sini.

Siasatan polis itu bermula selepas Anwar membuat laporan dan menafikan dirinya pelaku dalam video itu. - BERNAMA

Artikel Lain