Star Track Graduate Trainee Tarik Minat Belia Sertai Organisasi Media - Semasa | mStar

Star Track Graduate Trainee Tarik Minat Belia Sertai Organisasi Media

PETALING JAYA: Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi tujuh graduan program 'Star Track Graduate Trainee' selain berjaya menamatkan latihan bersama The Star pada Selasa.

Graduan, Lee Ying Xiang atau lebih dikenali sebagai Liz Lee, latihan selama sembilan bulan itu memberi 1,001 pengalaman berharga kepada mereka untuk memulakan karier masing-masing selepas ini.

"Kami kini menarik nafas lega kerana berjaya mengharungi segala tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Walaupun terpaksa bekerja keras, program itu amat menyeronokkan dan kami semua terhibur," katanya ketika ditemui mStar Online pada Majlis Penghargaan Tamat Program di sini, petang Selasa.

Jelasnya, program itu mengajar setiap graduan tentang pentingnya semangat berpasukan dalam menyempurnakan sesuatu tugasan yang diberikan.

"Ramai di antara kami datang daripada pelbagai latar belakang kelulusan akademik berlainan. Oleh itu, sikap toleransi dan tolong-menolong menjadi amalan kami untuk memastikan kerja yang dihasilkan menepati kehendak syarikat," ujarnya.

Graduan berusia 23 tahun itu turut memuji usaha The Star untuk melahirkan tenaga kerja yang produktif dan berharap program tersebut akan diteruskan dengan pemilihan kumpulan kedua selepas ini.

Seorang lagi graduan, Muhd Basyar Mustapha berkata dia akan mengembangkan kariernya bersama syarikat itu walaupun ada menerima tawaran daripada organisasi media lain.

"Selepas menamatkan program ini, saya ada menerima tawaran daripada syarikat penerbitan lain tetapi saya memilih untuk menyertai The Star. Saya merupakan pembaca setia akhbar ini. Maka, peluang yang diberikan untuk bekerja di sini tidak akan dilepaskan ," kata kelahiran Negeri Sembilan itu.

Walaupun baru saja menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Basyar berkata, program itu memberi banyak pendedahan kepada mereka tentang cara kerja di bahagian editorial sehinggalah ke bidang pengiklanan.

"Kami ditempatkan di lapan jabatan berbeza. Pelbagai pengalaman pahit dan manis dirasai sepanjang latihan di setiap jabatan dan kami diberi kebebasan untuk memilih bahagian yang diingin disertai selepas ini," jelasnya.

Selain mereka, graduan lain iaitu Ng Pui Kar, Tham Mun Yee, Pee Kah Hung, Lau Ping June dan Lee Poh Ling turut berjaya menamatkan program itu.

Program The Star Track Graduate Trainee yang memakan masa selama sembilan bulan itu menyediakan landasan kepada golongan siswazah untuk menyelami pengalaman bekerja dalam organisasi media.

Sepanjang sesi latihan itu, peserta program diberi kebebasan untuk bekerja di empat jabatan pilihan mereka manakala diwajibkan menjalani latihan di jabatan pengiklanan, editorial, produksi dan pengedaran.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Star Publications (M) Berhad, Datin Linda Ngiam berkata program itu merupakan pendekatan baru bagi menarik lebih ramai bakat muda untuk berkecimpung dalam industri media.

"Kami menerima lebih 200 permohonan dan hanya yang terbaik saja akan dipilih untuk berkhidmat bersama The Star," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain