suria

Warga Iran Terselamat Dari Tali Gantung

SHAH ALAM: Seorang tukang gunting warga Iran yang terselamat daripada hukuman mati memberitahu pihak media bahawa dia tidak sabar untuk pulang ke negara asal.

"Saya hanya mahu pulang," kata Alireza Shahidi Houshang, 27, yang telah setahun ditahan di penjara sementara menunggu perbicaraan terhadapnya yang didakwa mengedar 1.79 kilogram syabu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 11.45 malam, 1 Februari 2010, di Kaunter Pemeriksaan A, Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, dekat sini.

Pada Selasa, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Abdul Alim Abdullah memutuskan untuk melepas dan membebaskan Alireza daripada pertuduhan tersebut selepas mendapati pembelaannya berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Alireza yang diwakili peguam Mohd Irwan Mohd Mubarak mengemukakan seorang saksi untuk menyokong pembelaannya manakala pihak pendakwaan mengemukakan 10 saksi.

Artikel Lain