suria

Kaunter JPN Ditutup Sabtu Ini Sempena Hari Buruh

KUALA LUMPUR: Semua kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan ditutup Sabtu ini sempena sambutan Hari Buruh pada 1 Mei.

Menurut kenyataan JPN, kaunter di ibu pejabat JPN di Putrajaya serta di semua negeri kecuali di Kelantan, Terengganu dan Kedah hanya akan dibuka semula pada 3 Mei.

Kaunter di Kelantan, Terengganu dan Kedah dibuka semula pada 2 Mei.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pejabat khidmat pelanggan JPN di talian 03-88807067/7069/7071 dan /7077.- BERNAMA

Artikel Lain