KUALA LUMPUR: Semua kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan ditutup Sabtu ini sempena sambutan Hari Buruh pada 1 Mei.Menurut kenyataan JPN, kaunter di ibu pejabat JPN di Putrajaya serta di semua negeri kecuali di Kelantan, Terengganu dan Kedah hanya akan dibuka semula pada 3 Mei. Kaunter di Kelantan, Terengganu dan Kedah dibuka semula pada 2 Mei.Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pejabat khidmat pelanggan JPN di talian 03-88807067/7069/7071 dan /7077.- BERNAMA