suria

Maznah, Subbaiyah Angkat Sumpah Anggota Dewan Negara

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan yang dilantik semula sebagai anggota Dewan Negara, hari ini mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Pelantikan Maznah, 61, berkuasa kuasa 18 April lepas bagi tempoh satu penggal sehingga 17 April 2014.

Turut mengangkat sumpah sebagai senator hari ini ialah Pengerusi MIC Pulau Pinang Datuk P. Subbaiyah, 62, yang dilantik sebagai anggota Dewan Negara yang baru, berkuat kuasa hari ini sehingga 24 April 2014.

Pelantikan Subbaiyah adalah bagi menggantikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah yang tempoh lantikannya tamat pada Isnin lepas.

Abu Zahar ketika mengalu-alukan kedua-dua anggota Dewan Negara itu berkata beliau berharap kedua-dua senator tersebut dapat memahami lafaz sumpah yang dibuat dan berazam, memahami, menghayati serta mendukung perlembagaan negara.

"Saya ingatkan diri saya dan kita semua agar marilah kita semua berazam untuk memartabat dan memperkasakan Dewan Negara sebagai dewan yang bermaruah, berkualiti dan berkredibiliti agar kita betu-betull komited untuk negara dan rakyat Malaysia," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain