suria

Guru Sekolah Hilang Ketika Berjoging Di Bukit Larut

IPOH: Seorang guru Sekolah Menengah King Edward Taiping dilapor hilang selepas keluar berjoging seorang diri di kawasan Bukit Larut, Taiping pagi, Ahad.

Kehilangan Abdullah Zubir Ismail, 29, disedari oleh rakannya apabila dia tidak pulang ke rumahnya petang Ahad.

"Sehingga kini operasi mencari guru berkenaan masih diteruskan," kata Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohd Yusof Diah. Beliau berkata guru itu dikatakan berjoging seorang diri pada pukul 10 pagi dan tidak pulang ke rumah sehingga pukul 7 petang Ahad.

Rakannya yang juga seorang guru di sekolah yang sama membuat laporan polis mengenai kehilangan guru itu, katanya ketika dihubungi, Isnin.

Mohd Yusof berkata polis dengan kerjasama Pasukan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) melancarkan gerakan mencari sejurus menerima laporan kehilangan guru berkenaan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain