suria

ADUN PKR Persoal Talkin Ditegur MB

SEREMBAN: Seorang anggota pembangkang yang mempersoalkan kandungan talkin yang didakwanya tidak dapat diterima akal, diberikan 'tazkirah' selama 10 minit oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan, Isnin.

Rashid Latiff (PKR-Ampangan) dalam soalannya mempertikaikan bacaan talkin yang menyentuh tentang cacing yang membaham jenazah orang Islam selepas dikebumikan sedangkan menurut beliau, di kawasan perkuburan orang Islam tertentu, cacing tidak wujud.

"Bukankah Islam itu sendiri bertitik tolak dari fakta. Apakah silap pihak berwajib dalam hal ini?” kata Rashid dalam soalannya.

Mohamad menjawab: “Sebagai orang Islam, kita kena akui alam ghaib. Alam ghaib tidak boleh dibanding dengan hukum akal dan logik. Bacaan talkin ini pada pandangan saya adalah untuk orang yang hidup macam Yang Berhormat dan bukan pada si mati.” Beliau kemudian mengingatkan wakil pembangkang itu supaya “jangan asyik membeli nombor ekor” dan melupakan hal kematian.

Ketika ini beberapa orang penyokong DAP dilihat tersenyum manakala Mohamad Taufek Abdul Ghani (Pas-Paroi) pula menundukkan muka. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain