suria

Dua Kontraktor Bolot Projek Di Beberapa Kawasan Di Selangor - SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock minggu lepas mendedahkan bahawa terdapat dua kontraktor yang membolot projek di kawasan pilihan raya tertentu di Selangor menggunakan firma Bumiputera di barisan depan untuk mendapatkan kontrak kerajaan.

"Kontrak-kontrak pukal (di kawasan pilihan raya Selangor ini) diberikan kepada dua individu yang menggunakan syarikat-syarikat Bumiputera untuk mendapatkan kontrak," kata peguam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.

Beliau menyimpulkan perkara ini selepas pemeriksaan balas terhadap ahli pernigaan Lee Wye Weng, seorang daripada kontraktor pilihan, semasa prosiding siasatan suruhanjaya itu.

"Firma-firma Bukiputera ini beroperasi atas dasar 'Ali Baba' dan mendapat potongan lima hingga 10 peratus daripada nilai kontrak," katanya.

Baki 30 hingga 90 peratus diperuntukkan kepada sebuah entiti parti politik terutama kawasan pilihan raya yang dipegang pembangkang di Selangor, katanya.

Pada prosiding minggu lepas, suruhanjaya itu diberitahu bahawa Lee melalui syarikat isterinya, WSK Services, dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah melalui syarikat isteri, Meritlink, mendapat banyak projek Selangor bagi kontraktor Kelas F yang dikhaskan bagi Bumiputera.

Lee juga dikaitkan dengan seseorang yang berkkedudukan tinggi dalam hieraki DAP. Teoh juga merupakan orang hubungan antara Lee dan majikannya, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah.

Projek-projek ini adalah di bawah dana peruntukan Lee yangmerupakan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja di kawasan pilihan raya itu.

Beliau juga melantik beberapa kontraktor Bumiptera Kelas F.

Teoh, yang ditemui mati di pejabat SPRM, merupakan saksi utama dalam kes rasuah yang didakwa membabitkan seorang ADUN DAP. -BERNAMA

Artikel Lain