suria

Polis Tahan 17 Orang Termasuk 2 Wanita Sedang Asyik Main Judi

BUTTERWORTH: Polis menyerbu sebuah rumah dan menahan 17 orang termasuk dua wanita yang sedang asyik bermain judi di pangsapuri Tanjung Jaya Jalan Raja Tun Uda di sini tengah malam tadi.

Pegawai Turus Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Pulau Pinang, Asisten Supritendan Mohd Sayuti Harun berkata kegiatan "judi belangkas" itu dijalankan bersebelahan dengan rumah yang menjalankan upacara kematian.

"Bagaimanapun taktik menganjurkan judi belangkas kepada tetamu yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada si mati berjaya di hidu polis," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata mereka yang ditahan berusia antara 30 dan 54 tahun dan kesemua mereka kini direman bagi membantu siasatan.

"Polis turut merampas pelbagai peralatan judi antaranya buah dadu, mangkuk dan wang tunai sebanyak RM300," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain