suria

Subbaiyah Angkat Sumpah Senator Isnin ini

KUALA LUMPUR: Pengerusi MIC Pulau Pinang, Datuk P Subbaiyah, akan mengangkat sumpah sebagai Senator Isnin ini, menggantikan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah.

Menurut satu kenyataan Parlimen, Jumaat, bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu dijadualkan mengangkat sumpah bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, yang dilantik semula sebagai Senator untuk penggal kedua.

Pada pilihan raya umum 2008, Subbaiyah tewas kerusi Dewan Undangan Megeri Bagan Dalam.

Pencalonan beliau dikatakan dikemukakan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beberapa minggu lalu.

Palanivel mahu mengehadkan tempoh jawatan Senator hanya untuk satu penggal bagi memberikan ruang kepada pemimpin MIC lain dan pemimpin dari negeri yang bukan di bawah kerajaan Barisan Nasional.

Murugiah, bekas Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP), dilantik sebagai Senator pada 2008 atas tiket PPP tetapi menyertai MIC selepas dipecat tahun lalu. - BERNAMA

Artikel Lain