suria

Buruh Didakwa Bunuh Anak Angkat

AMPANG: Seorang buruh warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, kerana didakwa membunuh anak angkatnya, minggu lalu.

Mohd Ali Mohd Yunus, 28, kelihatan tenang meskipun pertuduhan yang dihadapinya memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika disabitkan bersalah.

Dia didakwa membunuh mangsa yang berusia dua tahun 10 bulan, antara pukul 10 pagi dan 12 tengah malam, di sebuah rumah di Lorong Permai 29, Ampang Campuran, Ampang Jaya, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Husnita Mohd Radzi mengikut Seksyen 302 Kanun Kesekaan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan tersebut dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Majistret Wan Karimah Wan Md Abdul Ghani menetapkan kes disebut semula pada 21 Jun depan untuk tertuduh melantik peguam.

Artikel Lain