suria

SPRM Perlu Diberi Lebih Petugas - Senator Zamri

KUALA LUMPUR: Seorang Anggota Dewan Negara pada Rabu mencadangkan agar petugas dan kemudahan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditambah agar ia dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih efektif.

Senator Zamri Yusof berkata SPRM telah menjalankan tugasnya dengan baik tetapi usaha itu kurang berkesan akibat beberapa kekurangan yang dihadapinya.

"Kalau kita tengok dalam Bajet 2010 sebahagian besar peruntukan SPRM dipotong dan kakitangan mereka berkurangan. Akibatnya mereka tidak cukup kakitangan untuk memantau orang yang dalam tahanan untuk siasatan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Zamri berkata pegawai-pegawai baru dilantik tidak mendapat latihan secukupnya sedangkan agensi itu mempunyai peranan yang sama penting dengan Polis Diraja Malaysia.

Katanya SPRM perlu dilengkapkan dengan kemudahan dan peralatan yang lebih baik bagi memudahkan mereka menjalankan siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain