suria

Bekas Timbalan Pendakwa Raya Diarah Bela Diri

Md Azar Irwan diarahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan memalsukan minit arahan kertas siasata. Foto: The Star/ K K Sham.
Md Azar Irwan diarahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan memalsukan minit arahan kertas siasata. Foto: The Star/ K K Sham.
Md Azar Irwan diarahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan memalsukan minit arahan kertas siasata. Foto: The Star/ K K Sham.

SHAH ALAM: Seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya, Md Azar Irwan Mohd Arifin diarah membela diri atas pertuduhan memalsukan minit arahan kertas siasatan terhadap tiga suspek dadah, dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membuat keputusan itu pada Selasa, selepas mendapati pihak pendakwaan telah berjaya menimbulkan prima facie untuk dijawab oleh Md Azar Irwan.

Beliau seterusnya menetapkan 7 dan 8 Jun depan untuk Md Azar Irwan, 32, berbuat demikian.

Md Azar Irwan didakwa memalsukan minit arahan kertas siasatan pada antara pukul 3.15 dan 5.30 petang, 12 Mac 2009 di pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor, Tingkat 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Dia didakwa menulis arahan di dalam kertas siasatan supaya tiga suspek dadah, Quah Guat Chin, Wong Kok Seng dan Low Teck Seng dituduh mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) akta sama, sedangkan dua daripada mereka boleh dituduh mengikut Seksyen 39B akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Justeru itu, Md Azar Irwan didakwa cuba untuk meringankan hukuman yang dihadap oleh suspek tersebut.

Bagi kesalahan itu, Md Azar Irwan didakwa mengikut Seksyen 218 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 27 April 2009 dan perbicaraan melibatkan keterangan 13 saksi pendakwaan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Sinti hadir bagi pihak Ketua Unit Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa.

Md Azar Irwan diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin.

Artikel Lain