Pembida Tertinggi Berpeluang Cukur Bulu Kaki Billionaire Richard Branson - Semasa | mStar

Pembida Tertinggi Berpeluang Cukur Bulu Kaki Billionaire Richard Branson

KUALA LUMPUR: Apabila memperkatakan mengenai perniagaan AirAsia, ia akan berkait rapat dengan sesuatu yang luar biasa dengan percubaan terbaharu mereka melibatkan lelongan "mencukur kaki" Sir Richard Branson sebelum beliau memulakan penerbangan amal AirAsia dari London ke Kuala Lumpur pada 1 Mei ini.

Kosnya tidak kurang daripada Pound Sterling 400,000 - harga permulaan bagi pembidaan itu.

"Pencukur akan diserahkan kepada pembida tertinggi, atas nama kerja amal," kata satu kenyataan daripada AirAsia, Isnin.

Para pembida mestilah mempunyai tiket pengesahan untuk penerbangan amal atau ke "Charity Evening".

Bidaan akan mengambil tempat di majlis pra pelepasan di Stansted. Pembida yang berjaya akan dijemput untuk mencukur kaki Richard sebaik sahaja beliau muncul sebagai krew penerbangan AirAsia, di hadapan media dan tetamu dunia.

"Sebagai krew penerbangan AirAsia, Richard mesti mematuhi standard perapian diri kami dan itu termasuklah mencukur bulu kakinya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Tony Fernandes.

Richard telah bersetuju dengan terma itu selepas kalah dalam pertaruhan dengan Tony menerusi pasukan perlumbaan Formula One masing-masing, iaitu Virgin dan Team Lotus tahun lepas.

"Daripada saya mencukur dia sendiri, Richard dan saya rasakan kami boleh jadikannya seperti satu hiburan santai dengan melibatkan tetamu kami dan mengumpul lebih banyak wang untuk tujuan amal jika kami bukakan peluang ini kepada pembida tertinggi," kata beliau.

Tiket-tiket penerbangan amal istimewa AirAsia ini boleh diperoleh pada harga Pound Sterling 4,500 untuk pergi-balik sementara pakej penerbangan dan penginapan bermula pada harga Pound Sterling 5,000 untuk penginapan seorang dan Pound Sterling 5,200 untuk perkongsian dua orang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Penganggur Edar Ganja Dihukum Mati

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain