suria

Muhyiddin Tiba Di Beijing Untuk Lawatan Rasmi Seminggu

BEIJING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini pada Isnin untuk lawatan rasmi ke China selama seminggu.

Pesawat khas yang membawa Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, kira-kira pukul 3 petang.

Ketibaan Muhyiddin bersama isteri disambut oleh Duta Besar Malaysia ke China Datuk Iskandar Sarudin dan pegawai-pegawai kedutaan.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Muhyiddin ke China sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Lawatan itu, yang akan menyaksikan Muhyiddin melawat Shanghai dan Guangzhou, adalah atas jemputan Naib Perdana Menteri Majlis Negara, Li Keqiang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

YDP Sabah Kini Bergelar 'Tun'

Artikel Berikut

Artikel Lain