suria

Lelaki Maut Dalam Pergaduhan Di Tawau

TAWAU: Seorang lelaki mati selepas terlibat dalam pergaduhan antara dua kumpulan bersenjata di terminal bas henti-henti, Jalan Stephen Tan, di sini Sabtu.

Lelaki rakyat tempatan berusia 25 tahun itu mati ketika dirawat di Hospital Tawau pada pukul 10 malam.

"Siasatan polis setakat ini menunjukkan kematian mangsa berpunca daripada tikaman pisau pada badannya," kata Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner (ACP) Ibrahim Chin.

Ibrahim bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki itu kerana siasatan masih berjalan.

Beliau berkata sehubungan itu, polis menahan beberapa lelaki termasuk seorang remaja rakyat tempatan berusia 19 tahun bagi membantu siasatan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi polis di talian 089-772121 atau 089-752222. - BERNAMA

Artikel Lain