suria

Khidmat Murugiah Sebagai Ahli Dewan Negara, Timbalan Menteri Tamat Isnin

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Datuk T.Murugiah sebagai Ahli Dewan Negara berakhir pada Isnin, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Sehubungan itu, perkhidmatan Murugiah sebagai Timbalan Menteri Persekutuan juga tamat esok, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Murugiah, 47, merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Murugiah telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 19 April 2008 dan seterusnya sebagai Timbalan Menteri Persekutuan pada 10 April 2009.

"Bagi pihak kerajaan, saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Senator Datuk Murugiah a/l Thopasamy di atas sumbangan, khidmat bakti dan perkhidmatan beliau sebagai Ahli Dewan Negara dan Timbalan Menteri Persekutuan," kata Sidek.

Murugiah merupakan bekas Ketua Pemuda Parti Progresif Rakyat (PPP) dan kini anggota MIC setelah menyertai parti itu tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Lain