suria

Taib Mahmud Kekalkan Kerusi Balingian Dengan Majoriti 5,154 Undi

BALINGIAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Balingian yang juga Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berjaya mempertahankan kerusinya dengan majoriti yang lebih besar.

Taib, 74, menang dengan majoriti 5,154 undi.

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya, Mohamad Nawai mengumumkan keputusan tersebut selepas peti undi terakhir selesai dikira pada pukul 7.30 malam dengan memperolehi undi yang lebih banyak iaitu 6,210 undi berbanding 5,726 undi pada pilihan raya negeri 2006.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suriati Abdullah berada di tempat tercorot dengan hanya memperoleh 871 undi sementara calon Bebas, Datuk Salleh Jabaruddin mendapat 1,056 undi.

Dakwaan pengundi muda bakal memilih pembangkang pada pilihan raya kali ini ternyata meleset apabila kira-kira 80 peratus pengundi muda mengundi BN.

Dengan majoriti 5,154 undi yang dimenangi oleh Taib di Balingian memperlihatkan kenyakinan pengundi terhadap beliau walaupun ini merupakan pilihan raya negeri yang terakhir buatnya.

Taib hanya tewas di satu pusat mengundi, SJKC Chong Boon yang mana majority pengundinya adalah kaum Cina.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain