suria

Suhaimi Kamaralzaman Pengerusi Baru KDEB & CEO Perangsang

SHAH ALAM: Suhaimi Kamaralzaman dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) berkuatkuasa 1 Jun ini.

Kerajaan negeri Selangor dalam satu kenyataan Jumaat berkata, Suhaimi, 42, akan bekerjasama dengan perunding eksekutif dan penasihat KDEB Raja Idris Raja Kamaruddin untuk memastikan KDEB dan anak-anak syarikatnya diurus secara profesional.

Menurutnya, pelantikan Suhaimi mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Suhaimi merupakan anggota Lembaga Pengarah KDEB dan Pengarah Kumpulan Hartanah Selangor Berhad serta Taliworks Corporation Berhad.

Sebelum menyertai KPS, beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Melewar Industrial Group (MIG) dari Julai 2009 sehingga Februari 2010.

Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah Urusan/CEO MIG bermula Mac 2010 sebelum meletak jawatan pada Mei 2011.

Suhaimi berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan di syarikat-syarikat multinasional dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di mana beliau menyelesaikan pengambilalihan aset air di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain