suria

Kesemua 1,748 Pusat Pengundian Ditutup

KUCHING: Kesemua 1,748 pusat pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 ditutup tepat pada pukul 5 petang ini, sementara di beberapa tempat pusat penjumlahan undi, pengiraan telah pun bermula.

Pengiraan undi dimulakan sejak pukul 12.30 tengah hari ini di beberapa kawasan berikutan pusat mengundi ditutup awal memandangkan ia terletak di kawasan pedalaman dan jumlah pengundinya adalah kecil.

Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pusat mengundi yang paling sedikit iaitu di Pusat Mengundi Rh TK Pa'Berang di Ba'kelalan dengan hanya 20 pengundi mendaftar.

Ba'kelalan juga merupakan kawasan yang mempunyai jumlah pengundi paling kecil. Pusat penjumlahan undi bagi kerusi Ba'kelalan adalah di Majlis Daerah Lawas. Keputusan pertama pilihan raya dijangka diumumkan kira-kira pukul 8 malam ini.

Pada pilihan raya kali ini Barisan Nasional (BN) bertanding di kesemua 71 kerusi. Parti pembangkang DAP di 15 kawasan, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)(26); Parti Keadilan Rakyat (PKR) (49); PAS (lima) dan dan Parti Cinta Malaysia (PCM) bertanding di enam kerusi.

Seramai 41 orang bertanding sebagai calon Bebas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain