suria

Kerajaan Iktiraf Penglibatan Wanita Dalam Pembangunan Negara

KOTA KINABALU: Kerajaan mengiktiraf sumbangan wanita dalam pembangunan negara melalui pelbagai dasar dan program yang diperkenalkan untuk golongan itu.

Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Malaysia Datin Seri Zalihah Mohd Taib berkata dasar dan program kerajaan itu memberi peluang kepada wanita untuk memainkan peranan dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara.

"Tidak hairanlah wanita Malaysia hari ini menjadi komponen penting dalam aspek pembangunan modal insan dan turut memberi impak dalam dunia perniagaan dan sektor korporat serta politik dan sosial.

"Ia menjadi inspirasi kepada kerajaan untuk terus menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita dalam proses pembangunan negara," katanya pada majlis sambutan Hari Peringatan Pandu Puteri Peringkat Negeri 2011 di sini, Sabtu.

Turut hadir pada majlis sambutan itu yang membawa tema "Matlamat Kesaksamaan Gender dan Memperkasakan Wanita" ialah Penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah Datin Norlida R.M Jasni, yang juga isteri Yang Dipertua Negeri.

Zalihah juga berkata usaha kesaksamaan gender dan memperkasakan wanita mempunyai peranan yang sama penting dalam membantu menjana kemakmuran, pertumbuhan dan kemajuan negara. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain