suria

Keputusan Tidak Rasmi Pilihan Raya Negeri Sarawak

KUCHING: Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.32 Bukit Saban pada pilihan raya negeri Sarawak di sini, Sabtu.

Calon BN daripada Parti Bumiputera Bersatu (PBB) Robert Lawson Chuat memperoleh 3,899 undi menewaskan calon SNAP Dayrell Walter Entrie yang hanya mendapat 641 undi sementara calon Parti Keadilan Rakyat Edward Jerah memperoleh 1,125 undi.

BN menang dengan majoriti 2,774 undi.

Undi rosak sebanyak 78.

BN juga menang di kerusi N55 Katibas dengan majoriti 3,326 undi sementara N56 Baleh BN menang dengan 3,898 undi.

Di Beting Maro, BN menang dengan memperoleh 3069 undi menewaskan PAS yang hanya mendapat 2,678 undi. BN menang dengan majoriti 390 undi.

Di N69 Batu Danau, BN menang dengan majoriti 2,319 undi.

N38. Jemoreng, BN menang dengan majoriti 2,926 undi.

N70 Ba'Kelalan, PKR menang dengan majoriti 473 undi.

N57 BN menang dengan 2,928 undi.

N37 Daro, BN menang dengan 3,197 undi.

N21 Simujan, BN menang dengan majoriti 4,048 undi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain