suria

George Tan Tewas Kepada Calon DAP

Presiden SUPP yang juga calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri N63 Piasau, Tan Sri Dr George Chan (kiri) berbincang sesuatu dengan Menteri Tenga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Sri Peter Chin Fah Kui sewaktu pengumuman rasmi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 di Dewan Suarah Miri di sini malam Sabtu. George Chan tewas kepada calon DAP Ling Sie Kiong dengan majoriti 1,590 undi.-Foto BERNAMA.

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Tan tewas kepada calon DAP, Ling Sie Kiong di DUN Piasau, Miri dengan majoriti 1,590 undi.

Keputusan ini adalah kejutan terbesar dalam pilihan raya negeri ke-10.

George Tan sebelum ini pun diramalkan bakal melalui laluan yang getir di tempatnya sendiri ekoran sentimen yang sedang melanda Sarawak sekarang.

Ahli politik berusia 75 tahun itu ditewaskan oleh peguam muda berusia 28 tahun, Ling Sie Kiong.

Ling memperoleh 5,998 undi manakala Dr Chan pula meraih 4,408 undi.

Dr Chan menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Piasau, yang sebelum ini dikenali sebagai Miri, bagi enam penggal berturut-turut sejak 1983.

Beliau mengambil alih kepimpinan parti daripada Tan Sri Wong Soon Kai pada 1996 dan pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I.

Dr Chan, sebelum ini pernah menyandang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri termasuk Menteri di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Kewangan dan Kemudahan Awam Sarawak.

Bagaimanapun Setiausaha Agung SUPP, Wong Soon Koh berjaya mengekalkan kerusinya di Bawang Assan menewaskan calon DAP, Alice Lau dengan majoriti 1,808 undi.

KEPUTUSAN N063: PIASAU

1. LING SIE KIONG (DAP): 5,998

2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP): 4,408

Jumlah mengundi: 10,479

Peratus: 63.13%

Undi rosak: 73

Majoriti: 1,590

Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)

Undi diperolehi 2006: 6,573

Majoriti: 3,918

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain