suria

PRN Sarawak: BN Yakin Kekal Kerusi Kedup

KEDUP: Meskipun tinggal dua hari saja lagi, calon muka baru Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedup, Martin Ben yakin mempertahankan kemenangan di kawasan itu pada pilihan raya negeri ke-10 Sabtu ini.

"Saya percaya penduduk Bidayuh di kawasan ini masih menaruh kepercayaan terhadap kerajaan untuk terus mengekalkan pemerintahan. Soal menang majoriti undi besar itu kita ketepikan dahulu tapi yang penting kita harus menewaskan parti lawan," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Bunan Gega di sini, Khamis.

Menurutnya, DUN Kedup yang penduduknya majoriti kaum Bidayuh sudah melalui proses perubahan dari segi pembangunan dan kemudahan infrastruktur sejak 50 tahun lalu.

"Dulu keadaan di kampung ini amat daif. Sekarang penduduk dapat menikmati bekalan air bersih, elektrik, jalan raya berturap dan kemudahan telefon," ujarnya.

Jelas beliau, undian rakyat terhadap BN dalam pilihan raya kali ini amat penting bagi memastikan jurang kehidupan di sini dengan penduduk di kawasan bandar dapat dikurangkan.

Martin akan menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lainus Andrew Luwak, Sylvester Belayong (SNAP) dan c Amin Banti (Bebas) pada Sabtu ini

Artikel Sebelum

Artikel Lain