suria

Peniaga Maut, Isteri Parah Kereta Terbabas Di Gua Musang

GUA MUSANG: Seorang peniaga terbunuh manakala isterinya parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh tiang elektrik di Kilometer 19, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini, awal pagi Rabu.

Sharpan Che Soh, 38, yang memandu kereta itu cedera parah di kepala dan badan dan mati di tempat kejadian.

Isterinya, Yusdiawati Yusof, 30, kini dirawat di Hospital Gua Musang (HGM), kata Ketua Polis Daerah Gua Musang Supritendan Saiful Bahri Abdullah .

Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, pasangan itu dalam perjalanan dari Kampung Binjai Dua, Kota Baharu menuju ke Kuala Lumpur untuk tujuan perniagaan.

Mayat Sharpan, yang dibedah siasat di HGM, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Binjai Dua petang ini. -BERNAMA

Artikel Lain