suria

Sembilan Atau 10 Lagi Projek ETP Bakal Diumum Minggu Ini

KUALA LUMPUR: Sembilan atau 10 lagi projek dijangka diumum di bawah perkembangan kelima Program Transformasi Ekonomi (ETP) minggu ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala.

"Kami akan mengumumkan beberapa projek lagi. Kami telah membuat empat pengumuman. "Saya gembira menyatakan bahawa hanya setahun pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan, sasaran telah dicapai 120 peratus. ETP juga berjalan lancar. Kita kini mempunyai lima bulan untuk pelaksanaan," katanya kepada pemberita di luar acara persidangan "Invest Malaysia 2011" yang berlangsung di sini, Selasa.

Idris berkata pelaburan terus mengalir dan angka perdagangan serta penggunaan menjadi buktinya.

"Saya percaya bahawa setahun dari sekarang, mengambil kira daripada apa yang berlaku sekarang ini, kita akan berkembang dalam transformasi negara," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain