suria

Penjenayah Dikehendaki Polis Singapura Ditahan di JB

JOHOR BARU: Seorang penjenayah Singapura yang dikehendaki oleh polis republik itu dalam satu kes pembunuhan telah berjaya ditangkap di sini.

Ketua Polis Johor, Timbalan Komisioner Datuk Mohd Mokhtar Shariff berkata, lelaki berusia 33 tahun itu berjaya ditangkap pada 9 April lalu pada lebih kurang jam 3 pagi di Taman Sri Kulai Baru. Bersama-samanya polis turut menemui sembilan paket syabu.

Dalam perkembangan berasingan, Mokhtar turut memaklumkan bahawa polis juga telah berjaya menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah kilang baru-baru ini.

“Kedua-duanya berjaya ditahan pada jam 4.15 pagi di kawasan perindustrian Plentong pada Isnin. Salah seorang suspek telah mengundur kereta yang mereka naiki ke arah tiga anggota polis yang menunggang motosikal.

“Pegawai polis berkenaan mempertahankan dirinya dengan membalas tembakan ke arah tayar kereta berkenaan,” katanya.

Mokhtar berkata, pihak polis telah menemui motosikal curi, pisau, tiga dompet hasil penahanan suspek berkenaan.

Pada masa yang sama, Mokhtar berkata, polis percaya mereka telah berjaya menyelesaikan 27 kes rompakan dengan tertangkapnya tiga lelaki berumur antara 20 hingga 47 tahun di lebuh raya Perling-Pasir Gudang pada 9 April lalu.

Artikel Lain