suria

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Bunuh Wanita China Di Taman AST

SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita rakyat China di Taman AST, Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Hamdan Majid berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di sekitar bandar Seremban kira-kira enam jam selepas mayat wanita itu ditemui.

"Suspek mempunyai hubungan rapat dengan mangsa. Mereka saling mengenali tetapi tidak tinggal bersama. Kami sedang siasat motif pembunuhan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Isnin.

Beliau berkata wanita itu memasuki negara ini sekitar tahun 2009 dan permitnya berakhir September depan.

Jumaat lepas, Mayat seorang wanita rakyat China yang bogel dengan kepalanya ditutup dengan selimut ditemui di kediaman sewanya di sebuah rumah kedai di Taman AST.

Wanita itu mati akibat dijerut dengan selimut dan berdasarkan keadaan mayat yang berbau, polis percaya wanita itu telah mati lebih dari tiga hari sebelum mayatnya ditemui.

Hamdan berkata mayat wanita itu bagaimanapun tidak mereput dengan cepat kerana alat penghawa dingin yang dipasang dalam bilik itu mempunyai suhu rendah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain