suria

Pakatan Pembangkang Tidak Akan Dapat Perintah Sarawak - Kong Cho Ha

MIRI: Pakatan pembangkang tidak akan dapat memperoleh cukup kerusi Dewan Undangan Negeri untuk menubuhkan kerajaan negeri selepas pilihan raya Sarawak 16 April ini, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata dakwaan pembangkang yang mereka mendapat cukup sokongan untuk menubuhkan kerajaan hanyalah bertujuan memainkan perasaan rakyat.

"Mereka hanya memainkan sentimen sahaja, nak putar belit dan cakap yang bukan-bukan. Saya tidak percaya bahawa akan berlaku pertukaran kerajaan di negeri Sarawak," katanya pada sidang akhbar di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini bahawa pembangkang akan memperoleh cukup sokongan daripada masyarakat Cina Sarawak untuk memerintah negeri ini.

Kong, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata masyarakat Cina tidak perlu mempercayai dakwaan itu, sebaliknya perlu menyedari pentingnya mereka sentiasa bersama-sama dalam Barisan Nasional demi masa depan mereka. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain