suria

Polis Siasat Satu Laporan Portal Berita

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat satu laporan sebuah portal berita berhubung dakwaan sejumlah kes individu mati sewaktu dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebar berita yang boleh mencemaskan orang ramai.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Sesi Dialog antara Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah dan masyarakat setempat Sempena Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah di Pusat Beli-Belah Wangsa Walk anjuran MSL Properties di sini, Sabtu.

Semalam, SPRM membuat laporan polis berhubung satu laporan portal berita itu kononnya terdapat 1,839 individu yang mati sewaktu dalam siasatan atau tahanan SPRM.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa Penguasa Kanan SPRM Mohd Azwan Ramli yang membuat laporan polis itu berkata laporan portal berita itu memetik kenyataan daripada Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming. - BERNAMA

Artikel Lain