suria

PRN Sarawak: DAP Guna Video Melalui Internet Untuk Kempen

KUCHING: Tidak hanya menggunakan bendera dan poster, DAP Sarawak turut menggunakan klip video yang disiarkan menerusi internet sebagai bahan kempen pada pilihan raya negeri.

Pendekatan DAP menggunakan bahan kempen berbentuk multimedia itu berjaya menyanyingi beberapa laman web parti pembangkang lain termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang hanya memuatkan rakaman ucapan ataupun jadual harian.

Klip video selama dua minit itu dimuatkan dalam laman web sarawak4change.com menggunakan karektor burung kenyalang dengan tagline 'ubah' yang menjadi maskot DAP Sarawak.

Menerusi video berkenaan, DAP menggunakan karektor Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai Sarawak.

Video yang diolah seperti kisah Ultraman menyelamatkan bumi itu memaparkan burung kenyalang DAP menjadi besar dan akhirnya menolak Abdul Taib daripada Sarawak.

Selain video berkenaan, turut terdapat dalam laman web berkenaan ialah klip video memperkenalkan calon-calon DAP yang dibuat seperti siaran iklan televisyen.

Pada pilihan raya Sarawak yang akan diadakan pada 16 April depan, DAP mempertaruhkan 15 calon terdiri daripada 11 lelaki dan empat calon wanita.

Artikel Lain