suria

PRN Sarawak: Calon BN Yang Terbaik Untuk Rakyat - PM

SANTUBONG: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memulakan hari pertama kempen Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya Sarawak dengan meminta rakyat supaya memilih calon BN yang mempunyai kredibiliti terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat.

Malah katanya rakyat seharusnya menolak calon dan parti yang tidak mempunyai hala tuju serta wujud terlalu banyak masalah dalaman.

"Saya percaya kalau rakyat Malaysia inginkan kejayaan yang besar, mahukan negara kita jadi sebuah negara maju, mereka mesti pilih kerajaan BN.

"Kalau mereka pilih parti yang tidak tentu hala tujunya, kucar kacir serta banyak masalah peribadi, maka impian untuk jadi negara maju tidak akan kesampaian," katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran dan Penyerahan SIRIM Pintar Learning dan Robokit di Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong di sini, Khamis.

Selain itu Najib yang juga Pengerusi BN berkata, kerajaan Pusat akan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah rakyat.

"Sebab itu saya datang ke sini, saya nak beritahu rakyat bahawa kerajaan Pusat bersedia untuk membantu rakyat Sarawak mencapai kejayaan yang lebih besar dan menyelesaikan masalah.

"Inilah mesej yang saya nak sampiakan bukan sahaja kepada penduduk Santubong tapi kepada seluruh rakyat Sarawak bahawa inilah masanya untuk kita berdiri bersama-sama dengan kerajaan BN sama ada diperingkat Pusat dan negeri," katanya.

Menurut beliau, menerusi Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) segala perancangn untuk membangunkan negara kini berada di landasan yang betul.

"Tidak seperti pembangkang, mereka tidak mempunyai kemampuan untuk melaksanakan pembangunan.

"Ia berbeza dengan kerajaan BN, kita bukan sahaja boleh berjanji tapi boleh tunaikan janji," katanya.

Artikel Lain