suria

Jangan Buat Andaian Kematian Pegawai Kastam

IPOH: Anggota keluarga dan rakan-rakan Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan semalam, diminta supaya bersabar dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan.

"Saya minta semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian kerana ianya akan mengganggu fikiran, dan saya minta keluarga dan sahabat-sahabat allahyarham tidak mengganggu proses siasatan dan reda dengan apa yang berlaku," kata Anggota Parlimen Parit, Nizar Zakaria.

Nizar, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Parit, telah menziarahi keluarga allahyarham di Kuala Lumpur semalam untuk mengucapkan takziah. Ahmad Sarbini berasal dari Parit.

"Janganlah terpengaruh dengan dakyah pihak tidak bertanggungjawab yang sentiasa mahu melaga-lagakan sesama kita," katanya.

Nizar juga menggesa kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes berkenaan. - BERNAMA

Artikel Lain