suria

Gempa Bumi Di Sumatera, Gegaran Dirasai Di Pantai Barat Malaysia

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 pada skala Richter berlaku di pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 10.01 malam Khamis.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 85 kilometer dari Barat Laut Nias dan 502 kilometer dari Barat Daya Pulau Pangkor, Perak.

Jurucakap jabatan itu berkata gegaran boleh dirasai di beberapa tempat di pantai barat Semenanjung Malaysia seperti di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

"Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan yang terkini," kata jurucakap itu.

Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi berkata mereka belum menerima sebarang panggilan kecemasan yang boleh dikaitkan dengan gegaran itu. - BERNAMA

Artikel Lain