DBKL Tutup 4 Premis Makanan Di Jln Masjid India - Semasa | mStar

DBKL Tutup 4 Premis Makanan Di Jln Masjid India

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan empat premis makanan di Jalan Masjid India di sini ditutup kerana kotor dan melanggar piawaian dan tahap kebersihan yang ditetapkan.

Pengarah Jabatan Kesihatan DBKL, Dr Sallehudin Abu Bakar berkata premis makanan berkenaan diarah tutup bermula esok dan diberi tempoh seminggu untuk melakukan pembersihan.

"Ini termasuklah membersihkan kawasan dapur dan tandas, memasang perangkap tikus, memastikan pekerja memakai apron dan penutup kepala dan meletakkan ubat kawalan serangga di kawasan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi kebersihan di Jalan Masjid India di sini hari ini yang disertai 15 pegawai DBKL.

Beliau berkata, operasi ini dijalankan bagi mengelakkan penularan penyakit yang berpunca daripada penyediaan makanan seperti taun, kencing tikus dan sebagainya.

Sallehudin juga berkata, premis makanan yang diarah tutup itu boleh beroperasi semula selepas mereka melakukan pembersihan dan setelah didapati premis berkenaan menepati tahap kebersihan yang ditetapkan DBKL.

"Pemilik premis yang beroperasi semula tanpa mematuhi garis panduan kebersihan yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk didakwa di mahkamah," katanya.

Sehubungan itu beliau menasihati warga kota supaya bijak dalam memilih tempat menjamu selera dengan mementingkan aspek kebersihan premis serta cara penyediaan makanan yang bersih selain kelazatan makanan itu sendiri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain