suria

PRN Sarawak: Parti Kerajaan, Pembangkang Pertaruhkan Calon Wanita

KUCHING: Seramai 16 calon wanita sedia menentang 197 calon lelaki melibatkan sejumlah 71 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri ke-10.

Barisan Nasional (BN), DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing mempertaruhkan empat calon wanita, PAS (2), sementara Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Bebas menampilkan seorang calon wanita.

Bagaimanapun Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tidak menyenaraikan sebarang calon wanita.

Pada pilihan raya kali ini, BN mengekalkan kesemua empat penyandang wanitanya iaitu Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang, Datin Fatimah Abdullah (Dalat) dan Simoi Peri (Lingga) daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) manakala Rosey Yunus (Bekenu) daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Sementara itu, DAP turut menurunkan dua muka baru iaitu Alice Lau Kiong Yieng (Bawang Assan) dan Christina Chiew (Batu Kawah) manakala Violet Yong (Pending) dan Ting Tze Fui (Meradong) diberi kepercayaan untuk mengekalkan penguasaan di kawasan itu.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ketinggalan menampilkan empat calon wanita termasuk Zolhaidah Suboh yang bertanding di Lambir, Suriati Abdullah (Mukah) dan Ibi Udin (Balai Ringin).

PAS yang bertanding di lima kerusi mempertaruhkan Nani Sahari di (Tanjung Datu) dan Noraini Hamzah di Muara Tuang.

Seorang wanita calon Bebas, Soo Lina akan berdepan saingan tiga penjuru di DUN Batu Lintang.

Bagi PCM yang bertanding buat julung kalinya meletakkan seorang calon wanita, Dyg Juliana Awg Tambi di DUN Bekenu yang menyaksikan saingan empat penjuru.

Artikel Sebelum

Artikel Lain