suria

PRN Sarawak: BN Bertemu PKR Di DUN Satok

KUCHING: Hampir pasti, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok (N8) bakal menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg daripada Barisan Nasional (BN) dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sehingga tempoh penyerahan borang pencalonan ditutup pada pukul 10 pagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menerima dua borang pencalonan daripada bakal calon kedua-dua parti tersebut.

Pencalonan Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar negeri, dicadangkan oleh Zalani Morshidi dan disokong oleh Basri Bolhassan.

Sementara pencalonan Ahmad Nazib, 35, yang juga peguam syariah dicadangkan oleh Ihsan Bujang dan disokong oleh Azhari Alias.

Pada pilihan raya Sarawak yang ke-10 ini, Abang Johari bertanding untuk mempertahankan kerusi DUN Satok bagi penggal kelapan.

Manakala Ahmad Nazib merupakan muka baru yang mencuba nasib untuk merampas kerusi berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain