suria

Najib Kini Berada di Sarawak...

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dalam perjalanan pulang dari lawatan rasmi ke Korea Selatan, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching petang Rabu untuk lawatan dua hari ke Sarawak.

Najib yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sebelum ini berada selama tiga hari di Korea Selatan sejak Isnin atas lawatan rasmi.

Perdana Menteri dijangka memulakan program lawatannya ke negeri ini bermula dari awal pagi Khamis dengan melakukan tinjauan di beberapa tempat di sekitar bandar raya ini.

Beliau juga akan melancarkan Sirim Pintar-Learning dan Sirim Robokit di Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong dekat sini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain