suria

Mihas Catat Jualan RM57 Juta Pada Hari Pertama

KUALA LUMPUR: Program Misi Belian Masuk Mihas 2011 menjana sejumlah RM56.62 juta jualan serta-merta dan potensi jualan pada hari pembukaannya semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.

Mesyuarat dua hari itu bermula Isnin.

Program itu yang merupakan antara komponen penting MIHAS 2011, berperanan sebagai platform untuk pengeksport Malaysia menemui pembeli antarabangsa, katanya semasa merasmikan Pameran Halal Antarabangsa (Mihas 2011) dan Sidang Kemuncak Penyelidikan Halal Dunia (WHRS 2011).

Sejumlah 552 pembeli antarabangsa dari 47 negara menyertai mesyuarat perniagaan tahun ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain